Pardon;
Leg's Note
Dear chingu, Call me ALI. Thank you for stepping by. Rude people suck.

Wechat;
A cup of tea or coffee

Lastdate;
Story before
Credit;
my leader here
Template , header and background by AtinTory. 50% Thank to Mayra. Other help . Edit By Yours....
CINTA KITA KARYA FARHAN SAADON
23 Disember 2011 - Permalink | 1 Comments


Sempitnya hidup seorang wanita kacukan,Lina yang tinggal bersama pak cik dan juga makciknya yang separuh lumpuh. Ibu bapanya telah meninggal sejak kecil lagi. Mak ciknya seorang yang berhati mulia, tetapi kontra pula bagi pakciknya yang kuat berjudi. “Na, esok ada kawan aku nak jumpa engkau di KL. Katanya dia ingin kamu bekerja di bawahnya. Gajinya lumayan. Aku nak malam ni kau kemas beg. Esok aku hantar kau ya.”kata si syaitan yang bertopengakan manusia itu. “Hah? Kenapa pak cik ni. Kan mak ngah sakit. Siapa yang nak jaga dia nanti. Lagi pun saya baru habis belajar.  Nanti saya carilah kerja dekat pekan-pekan sini saja. InsyaAllah ,Allah akan bantu” Lina cuba menegah. “Kepala hotak kau! Kau ingat aku tak penat ke sementara nak tunggu kau dapat kerja. Aku pun tahu penat jugak!” pekik si tua itu. “Apa yang penatnya berjudi sepanjang hari? Lina kau tak payah ikut si gila ni, silap-silap kamu kena jual saja nanti.”Mak Ngah yang baru keluar dari bilik bersuara. “Apa masalah kau? Aku nak bagi kau sihat. Nanti ada duit baru kau boleh pergi berubat. Tapi kalau kau nak mati sangat, kau Na tak payah la ikut!” perkataan itu seolah-olah mengugut hati Lina. “ Baiklah, aku boleh ikut kata kau. Tapi sekali kau tipu aku, kau jangan ingat kau akan senang!” Lina cuba melawan perasaannya takut untuk ikut pakciknya itu. Senyuman yang sinis terukir di wajah pakciknya yang sudah berkedut itu.
            “Manalah orang tua tu nak bawa aku?”macam-macam yang bermain di fikiran Lina pada ketika itu. Dia hanya termenung melihat wajah ibu bapanya. “ Ktuk!”tingkap  bilik Lina berbunyi seolah di baling batu. Sedar dari lamunan, Lina terus ke tingkap dan buka tingkap itu. “Lina, aku dengar kau nak pergi  KL esok. Hurm. Tu yang aku datang sini tu. Aku nak bagi kau surat ni. Tapi jangan baca sekarang, baca sewaktu kau di KL. Hurm. Aku ada benda nak cakap kat kau. Mungkin kau tak pernah sedar selama ni, sebenarnya aku..” Harun kawan sekampungnya  ingin meluahkan hasrat hatinya kepadai Lina. Sebenarnya dia sudah lama memendam perasaan itu. “Kau apa?”Lina cuba untuk memahami butir-butir yang keluar dari mulut Harun. “Ala, tak kan kau tak pernah perasan. Aku sebenarnya syok dekat kau.” Merah muka jejaka yang putih kulitnya itu meluahkan hasrat hatinya kepada Lina. Lina agak tergamam dengan pernyataan itu. “Harun, kita kan dah kenal lama. Dulu kita selalu main sama-sama. Main kawin-kawin pun sama-sama. Kau jadi suami , aku jadi isteri. Tapi aku tak pernah terfikir yang semua ini akan jadi realiti. Aku memang syok pada kau, tapi hanya sebagai kawan baik. Aku rasa aku memang sangat memerlukan kau sepanjang hidup aku,tetapi bukan peneman sanubari aku. Tapi aku tak boleh nak halang perasaan kau. Kau berdoa  saja  mudah-mudahan ada jodoh antara kita ya.” Panjang lebar kata-kata Lina yang sedikit pun tidak mahu hati Harun terluka. “ Baik. Aku akan ikut cakap kau. Kau nanti kat sana jangan lupa aku ya. Dalam surat tu ada gambar aku. Kalau kau rindu tengok la gambar tu. Hati-hati ya di sana nanti.” Harun masih bersuara walaupun matanya sudah  berkaca. Perasaannya sudah bercampur baur. Ada malu,ada kecewa tetapi masih berharap. Harun beransur pulang. “Harun,aku pun ada sesuatu yang ingin diberikan kepada kamu. Nah, ambillah diari aku ni. Sekarang ia menjadi milik kita bersama. Jangan baca sekarang juga. Baca apabila aku sudah tiada di kampung. Kamu catat pula diari kamu dalam diari kita itu.” Lina memberikan sebuah diari lama yang disimpan sejak berumur 12 tahun. “Selamat malam.” Senyuman manis yang terpancar di wajah Harun yang ingin menuup perasaannya ketika itu. “Selamat malam.” Tanpa di sedari, air mata mengalir di pipi Lina. Dengan pantas Lina menutup tingkap dan menangis sendirian. “Kenapa aku menangis? Kan aku nak tolong Mak Ngah. Apa yang sedihnya. Dah cukup duit nanti aku balik lah. Bukannya lama sangat. InsyaAllah, aku selamat di sana nanti.” Pujuk hati Lina. Namun air matanya terus mengalir. Harun pula terus ulang kerana sudah lewat malam. Berat hatinya untuk berjauhan dengan Lina. Apa yang mampu dilakukan,hanya berdoa yang terbaik buat Lina.

******************************************************************************

            “Na, kau dah siap dah?”manisnya mulut berbicara si tua kerepot sambil menghisap sepuntung rokok. “D… dah..” Lina jawab menahan sebak yang menyelubungi sanubarinya. “ Mak Ngah, Lina kena pergi dulu ya. Halalkan makan minum saya ya. Jaga diri Mak Ngah baik-baik.”titis-titis air mata mengalir membasuh luka di hati dia.
“Apalah nasib aku lepas ni? Bolehkah aku hidup di kota metropolitan tu? Kerja apa yang aku dapat nanti? Hatinya berbisik memikirkan masa depan yang bakal dia hadapi. Matanya memandang kepada sebuah gerabak keretapi yang berjalan menuju ke stesen di mana dia berada. Jantungnya berdegup pantas seiring dengan air mata yang mengalir di pipinya. “Lina aku datang nak tunggu kau bertolak. Kau dah siap semua? Kau da fikir masak-masak? Dekat sana kau kerja apa? Jaga diri baik-baik ya kat sana nanti. Aku akan sentiasa doakan kau. Dan aku nak kau pertimbangkan perasaan aku semalam ya. Aku akan sentiasa menunggu dan berharap pada kau.”Harun berkata seolah-olah dia benar-benar bergantung harapan pada Lina.  “Jangan Harun. Jangan tunggu aku. Aku sendiri tak tahu apa nasib aku. Aku tak nak kecewakan kau.”tergesa-gesaLina berlari menuju ke pintu gerabak.

Mata Lina melelong-lelong tak tentu arah. “Tempat apa ni? Kenapa macam teruk saja keadaannya? Eww! Bercium? Dia orang tak tahu malu ke? Entah dah kawin ke tak entah.”bisik hati wanita yang masih terpinga-pinga itu. “Na! Ni rumah kita. Sementara saja lah. Kau duduk kat bilik tu. Ada almari dekat situ. Dalam tu ada baju untuk kau. Aku nak keluar sekejap. Nak beli makanan. Tu atas tu ada air untuk kau. Aku dah beli tadi. Minum lah.” Lina seolah-olah tidak sangka dengan suara yang di dengari itu. Datang dari mulut lelaki tua yang  selama ini hanya ada di dalam hatinya sebagai pemusnah dan pengeruh keadaan. “Tapi, kenapa dia tergesa-gesa nak keluar ni. Betul ke? Ke dia nak jual aku? Ah! Mungkin aku patut bagi dia peluang. Hurm… Apa yang aku nak buat sekarang? Aku rasa aku nak kemas sikit lah rumah ni. Maghrib pun belum tiba lagi. Sempat la aku nak kemas sikit agaknya” monolog si wanita kacukan itu. Tangannya terus menggapai apa yang boleh dikemaskan sementara menunggu maghrib.
            “Ah…. Penatnya.. Dah azan pun. Aku nak dengar azan lah dalam tv3. Tu bilal kampong aku tu.”tiba-tiba wujud perasaan bangga dalam hatinya dengan bilal di kampungnya sehingga terpilih menjadi bilal tv3. Wanita itu pun terus membuka begnya untuk mendapatkan telekung setelah mengambil wuduk. Tiba-tiba matanya terpandang kepada sepucuk surat yang tertera namanya. Tulisan berangkai yang menulis ‘Lina’ itu menarik hatinya untuk membaca surat Harun itu. Surat itu diambil dan terus menuju ke ruang tamu. Secara spontan tangannya menggapai secawan air sirap yang telah dibeli oleh pak ciknya itu. Seteguk-teguk dia meminum air itu. Dia kelihatan benar-benar penat setelah sehari suntuk di dalam gerabak kereta api. Dia meneruskan agenda membaca surat Harun itu tadi.
‘Wahai Lina,
            Aku benar-benar berat hati apabila mendengar berita bahawa kau akan meninggalkan aku di kampung…………………………………….’
Tiba-tiba matanya berpinar-pinar. “Aduh, kenapa pening sangat ni. Ngantuk sangat pula.”terhuyung-hayang wanita itu menutup semula surat itu tadi dan berjalan menuju ke katil. Dia terus tidak menyedarkan diri. Tubuhnya hanya rebah ke atas katil. Dia seolah-olah mabuk.
Matanya kian celik. Badannya sungguh lesu. Perlahan-lahan dia memandang sekeliling. “Apa yang dah berlaku? Aku dekat mana ni? Huh? Kenapa aku berkemban?”hati Lina berkecamuk. Matanya mula mengalirkan air mata. Hatinya tidak mampu menahan lagi perasaannya apabila melihat seorang jejaka yang hanya berseluar dan sedang memakai baju kemeja. Jejaka berbadan sasa itu kelihatan seperti orang kaya. Mukanya yang putih dan hidungnya yang mancung membuatkan wajahnya kelihatan kacak. Tetapi semua itu kabur di mata Lina. Dia sudah dapat meneka apa yang berlaku. Titis demi titis mengalir dan tanpa sebarang perkataan di mulut.
Maruah yang selama ini dijaga hanya dicalarkan sebegitu rupa. Wanita mana yang mampu menahan penderitaan ini. Sanubarinya yang selama ini persis sutera putih kini sudah buruk dan hitam. Tompok-tompok hitam yang telah mengubah keadaan hidupnya. Hatinya benar-benar tidak dapat menerima kenyataan. Hanya jejaka itu yang menarik penglihatannya yang sudah kabur dek air mata yang tidak dapat tertahan itu lagi. “Ya Allah…” hanya nama itu yang terlafaz secara spontan dari bibirnya. Nama yang selama ini disebut dikala dalam kesusahan atau kebahagiaan. Hanya dengan dialah, Lina bergantung harapan.
“Ni untuk kau. Kau buat aku ketagih lah. Mungkin malam esok aku datang lagi.”tanpa sebarang perasaan simpati jejaka itu menyelitkan beberapa duit pada dada Lina. Dia memegang bibir Lina dan terus bangun semula. Pantas tangan Lina memegang erat seluar jejaka itu. “Aik, kau pun ketagih dengan aku ke? Sabarlah esok aku datang.” “Encik..” hatinya yang benar-benar berkecai itu memaksa bibirnya untuk melafazkan pekataan itu. “Enciklah lelaki pertama yang pernah meniduri saya. Bawalah saya keluar dari sini. Tolonglah encik… Saya benar-benar tidak sedar..” “Apa yang kau expect dari aku? Kau tu pelacur! Orang tua yang dekat luar tu yang ada hutang dengan aku. Kau bukannya akan tidur dengan aku saja, banyak lagi laki lain yang akan langsaikan hutang mereka ngan pak cik kau tu. Kesian kau kan. Tapi apa aku boleh buat. Apa-apa pun, badan kau memang market lah! Aku suka kau!” jejaka itu langsung tidak makan dengan pujukan Lina itu. Apa yang dia fikir hanya nafsu dia yang sudah puas. Nafsu serakah yang hanya membinasakan kesucian Lina. Dia terus ke pintu. “Ah, and one more thing. Kau tu still anak dara. Aku cuma tidur saja malam ni. Kesian pulak kau nanti. Hahaha.” Satu persatu butir itu menikam hati Lina. Hancur lebur hati wanita itu. Segalanya haru biru.
Sebaik saja jejaka itu keluar,pantas Lina keluar dan menuju ke arah lelaki yang sudah lingkungan 60-an itu. “Woi! Kau setan! Ni kerja yang kau nak bagi? Bagus sangat kerja kau! Aku tak kira, aku nak keluar dari sini. Kau boleh pergi mampos setan!” hatinya seolah-olah tidak dapat menahan segala pergerakan tubuhnya itu. Setiap saat tangannya tidak henti melepaskan geram kepada si tua itu. “Kau jangan berani nak keluar dari sini!”pakciknya menarik Lina dan menghumban dia ke lantai. Wanita itu hanya bangkit dan seolah-olah tidak tahu erti sakit.
“Kau jangan ingat kau boleh buat aku sesuka hati kau. Ni untuk kau.”lafaz tanpa perasaan dan cuba untuk memutar belit. Dia fikir Lina boleh diperbodohkan dengan mudah.Lina terus menampar pakciknya itu. Segalanya huru hara. Pakciknya tanpa belas kasihan mencekik leher jinjang anak buahnya itu. Hampir mati dibuatnya. Setiap saat matanya semakin kabur. Jangtungnya berdegup pantas untuk memperoleh oxygen secukupnya. Segalanya seperti sampai ke penghujungnya. Hanya nyawa-nyawa ikan.
“Kpak!”satu pukulan dengan menggunakan kayu tepat ke arah kepala si tua itu. Lina separuh mati. Dia rasa seperti rohnya sudah separuh keluar dari tubuhnya. Dia benar-benar penat. Tiada kuderat yang masih lagi tinggal untuk dia bangkit. Dia persis bangkai yang masih bernafas. Matanya berpinar-pinar dan dia tidak dapat mengecam siapa yang menghentak orang tua itu tadi. Jejaka itu tadi dengan pantas mendukung Lina dan dibawa keluar dari situ. Badan wanita yang sudah longlai itu bergoncang apabila jejaka itu berlari dari sarang maksiat itu.


 “Kau dah sedar.” satu suara menyapa Lina yang masih pening-pening lalat setelah pengsan semalaman suntuk. Lehernya yang jinjang itu masih sakit dan dia seolah-olah masih terasa kesan cekik semalam. Hidung mancung, kulit yang putih berseri dan bebadan sasa. Ia seolah-olah lelaki yang menjadi pelanggan pertamanya semalam. “Encik?”suara yang lembut keluar dari mulut Lina yang seolah-olah tidak faham dengan keadaan sekarang. “Ya! Aku. Kenapa kau tercengang? Tak percaya aku yang selamatkan kau semalam. Haha. Kalau kau mati semalam, aku nak tidur dengan siapa lagi yang semantap kau. Haha.”jejaka itu seolah-olah hanya cuba memberi penerangan yang hanya menambah luka di hati Lina yang sudah remuk itu.
              “Dah. Ni rumah aku. Apa-apa hal, kau duduk saja di sini dulu. Setiap malam aku akan datang untuk tidur dengan kau. Haha. Best nya. Kira kau ni Cuma tempat aku puaskan nafsu je lah tau.” Kejamnya kata-kata hanya berlandaskan ego dan nafsu serakah itu. “Encik, apa yang encik nak dari saya? Tolonglah encik… Jangan apa-apakan saya. Saya merayu sangat-sangat.”perlahan-lahan suaranya merayu. Hanya mengharapkan Encik ini memahami dirinya ketika ini.
               “Nikahi saya?” Lina cuba untuk memberanikan diri diri melafazkan perkataan yang tidak pernah terlintas selama ini untuk dilafazkan kepada lelaki lain. Apa yang diharapkan hanya hubungan yang halal di mata Allah. Mukanya amat berharap menoleh redup ke muka Haikal, jejaka yang menjadi pelanggan pertamanya secara tidak di rancang. Haikal lah lelaki perama yang berjaya meratah tubuhnya walaupun Lina masih berdara. “ Apa maksud kau nikahi kau? Aku, seorang artist. Kau tahu tak? Apa orang akan cakap apabila aku kawin dengan minah macam kau? Seorang cikaro murahan? Kau ingat aku tak ada maruah eh? Tolong lah.. Sedar sikit. Kau tu cuma pelacur. Kau dengan aku macam langit dengan bumi!”tanpa sikit kasihan terhadap perempuan pun kata-kata itu terucap di bibir Haikal. Haikal dengan egonya menunjal kepala Lina. Peritnya hati Lina menelan satu per satu kata-kata haikal itu. Matanya yang selama ini menjadi aset bagi kejelitaannya, hanya penuh dengan kesengsaraan dan kesakitan. Kepalanya sudah serabut memikirkan sedihnya nasib yang menimpanya. Mungkin ini satu batu dugaan yang di duga untuk Lina. Jiwanya seperti dihimpit duri dan ditikam pisau-pisau yang tidak pernah dimiliki.
                Lina terus ke kamarnya di mana dia sedar dari pengsan tadi dan ingin menunaikan solat hajat. Haikal hanya memerhatikan gelagat Lina yang langsung tidak tentu arah itu. “Kiblatnya macam ni.”tidak diduga perkataan itu keluar dari mulut Haikal, jejaka yang tadi berucap seperti seorang yang tiada syariat hidup.Lina tidak sangka dia tahu arah kiblat untuk solat. Dia juga hairan dengan perangai Haikal itu. Lina percaya Haikal itu ada kemulian dalam perbuatannya itu. Hanya egonya saja yang menjadi selimut kepada segala nur yang ada dalam jiwa jejaka yang macho itu. “Lelaki memang tak boleh asingkan dari ego.”bisik hati Lina. “Kenapa kau perlu jadi hamba kepada ego.”secara tidak diduga mulut Lina terucap kata-kata itu. Semuanya kerana kepala yang terlalu serabut sehingga dia tidak dapat memendam lagi keperitannya. Semua derianya tidak mampu dikawal rapi. “Apa? Aku tak dengar? Cakap sekali lagi!”pekik si artist yang hanya memikirkan maruahnya yang kononnya mulia dimata insan-insan lain. Lina hanya diam. Mukanya berkerut menunjukkan bahwa dia benar-benar takut dengan lelaki itu. Matanya tidak tetap dan tangannya menggigil mencapai sejadah putih yang Haikal berikan padanya. Haikal juga telah menyediakan beberapa baju untuk Lina. Selain baju, dia telah menyediakan telekung dan selendang untuk Lina.
                   “Ya Allah. Aku tahu Engkau memberikan aku sepasang mata untuk melihat keindahan alam Engkau dan kekuasaan Engkau. Engkau berikan aku sepasang telinga untuk mendengar ayat-ayat suci Engkau. Engkau berikan aku sepasang tangan dan kaki untuk meneroka alam Engkau. Dan aku tahu Engkau mengurniakan aku hanya satu hati untuk mencari hati lain sebagai pasangannya. Maka, aku merayu kepada Engkau agar hati aku ini dipasangkan dengan Haikal,Ya Allah. Aku bukanlah terlalu menagih cinta darinya,tapi aku harap agar segala sifat kewanitaan aku ini hanya bagi insan yang bergelar suami buatku yang bakal memilikinya. Kenapa besar sungguh penderitaan aku yang Engkau himpapkan pada aku? Aku harap Engkau dapat tunjukkan aku jalan keluar..”doa yang tidak pernah meniti di bibir Lina. Tangan yang ditadah seolah-olah sedang menadah air mata yang mengalir di pipinya. Setiap titis itu jatuh ke tapak tangannya yang kecil itu. Dia tidak tahu bahawa Haikal hanya memerhatikan dia dari belakang. Hati Haikal tersentap melihat wanita yang telah di cabul maruahnya itu. Hati Haikal seakan menerima tamparan yang hebat mendengar setiap lafaz perkataan yang keluar dari bibir Lina. Tanpa disedari titis demi titis air matanya jatuh ke bumi. Mungkin titisan itu dapat menghakis sedikit-demi sedikit egonya yang tebal itu.

                      Tangan yang lemah itu melipat semula sejadah putih. Matanya bengkak akibat tidak henti-henti menangis. Bagi Lina semua yang berlaku ini hanya datang sekelip mata. Belum sempat di meneroka kota metropolitan ini. Semuanya kini haru biru. “Lina, aku nak balik rumah aku sekejap. Nanti malam aku datang.”kali ini dia seolah-olah serius. Tapi kenapa dia serius kali ini. Lina tertanya-tanya. “Ah! Aku harap kau jangan sesekali cuba lari dari rumah ini. Sekali kau lari, aku akan hantar kau semula kepada pak cik kau. Ingat tu.” Kata-kata yang disertakan usapan lembut di pipi Lina. Sempat juga dia mengesat air mata di pipi Lina itu. “Dah la, janganlah nangis lagi. Aku tak nak tengok kau macam ni lagi.”kata-katanya seolah-olah memujuk seorang wanita yang dicintainya. Walaupun hati Lina remuk kata-katanya itu agak mewarnakan langit lina yang tadi haru biru.
                        Langkah diatur penuh segak keluar dari rumah. Satu per satu dilangkah penuh yakin. Perjalanan yang menuju ke sebuah kereta yang sangat mewah. Kereta yang hanyamemuatkan dua orang penumpang. Walaupun Lina tidak berapa mahir dalam mengenal kenderaan, tapi dia tahu itu bukanlah kereta yang murah. Sempat lagi satu senyuman yang amat manis diberikan kepada Lina yang hanya duduk di tepi pintu rumah. Senyuman itu lebih menyerlahkan ketampanan jejaka itu. Pastinya senyuman itu sering digunakan oleh ramai lelaki untuk memikat atau memancing awek-awek. Hati Lina semakin hairan dengan perbuatan jejaka itu. “Adakah itu maksudnya dia ingin menikahi aku? Atau dia hanya cuba mempermainkan hati aku. Hanya ingin memperkosa maruahku? Atau hanya sebagai kekasih gelapnya?”
*************************************************************************************************
            “Mama! Long time no see.. How are you? I really miss you mum.”Haikal menyapa ibunya yang sekian lama tidak bertemu. “Macam mana nak jumpa, asal mama balik saja, darling mama ni pergi bercuti or busy dengan kerja dia. Ya lah, nak shoot sana, shoot sini. Mana nak jumpa mam lagi..” Datin Safiya ingin merajuk manja bersama anak kesanyangannya itu. “Ala mama, macam tak tahu pula, anak mama ni bukan saja pelakon, anak mama ni  kan handsome. Anak mama ni pun model juga. Haha. Nanti nama mama juga yang popular.”Haikal kononnya ingin memujuk hati mamanya itu. Senyuman yang manis itu terukir sekali lagi di wajahnya dan terus memeluk mamanya itu. Pelukan erat buat mamanya seolah-olah sudah dua tahun tidak bertemu. Padahal hanya baru dua minggu. Badannya yang sasa membuatkan nafas ibunya tersekat-sekat. “Ala anak ibu ni. Pandai la nak nak pujuk.” Manja sungguh dua beranak ini.
            “Kay, mama dapat berita yang anak mama ni dah ada yang punya. Katanya artis popular lagi. Lawa,bergaya dan imejnya pun baik. Siapa tu?”mamanya ingin memulakan perbualan dengan anak lelakinya dengan nama manja Kay. Tiba-tiba Haikal terkedu. “Lina.”secara tidak diduga nama itu terbit di bibirnya. “ Hah? Betul ke Kay? Lina?  Shalina yang artis baru yang lawa tu. Kalau yang itu, mama pun setuju. Hari tu mama ada terserempak dengan dia dekat shopping complex. Dia tu da lah cantik, sopan-santun dan low profile. Kira ok la tu dengan anak mama.”panjang lebar kata-kata ibunya. Tapi satu patah pun tidak di endahkan oleh Haikal. Dia hanya pelik kenapa nama wanita yang dia keji itu terucap di bibirnya. Adakah ini dinamakan cinta? Berkerut dahi jejaka berkulit bersih itu. “Kenapa ni Haikal? Kay ok tak? Ke Kay tak suka dengar mama membebel?”mamanya yang hairan melihat reaksi anaknya yang secara tiba-tiba berubah. “Eh! Tak da lah mama.” Sekali lagi satu senyuman cuba diberikan ibunya. Tapi kali ini agak hambar. Mungkin kerana dipengaruhi oleh fikirannya yang agak bercelaru. “Da lah mama. Jom la makan. Kay da lapar ni mama”suara sedikit dilembutkan kononnya dengan nada yang agak manja.
            “Pak Adon, mulai hari ini, Pak Adon hanya perlu ambil saya dari Bukit Antarabangsa ya. Tu pun lepas saya telefon. Sekarang  ni Pak Adon hanya perlu hantar saya setiap pagi ke sana dan ambil saya pun di sana. Dari sana saya tahu la macam mana saya nak ke pejabat. Ingat ya Pak Adon, hanya kita saja yang tahu. Jangan sampai ke mulut mama ya.”satu arahan buat pemandunya. Walaupun dia seorang bos, tapi dia tidak pernah melayan Pak Adon seperti balacinya. Dia hormat orang tua itu seperti darah dagingnya. Pak Adon pun dah lama berkhidmat bawah keluarga Dato’ Hasyim. Dari zaman Dato’ Hasyim sendiri, kemudian anaknya Dato’ Hisyam dan kini Haikal. Tapi sejak akhir-akhir ni Pak Adon sering kurang sihat. Mungkin kerana faktor usianya. Isterinya juga berkhidmat untuk keluarga Dato' Hisyam. Mak Cik Sabiah menjadi pembantu rumah di situ.
            “Baiklah Encik Haikal. Tapi…”Pak Adon agak musykil dengan arahan Haikal tadi. “Opps. Tak da tapi-tapi. Tolong lah ya Pak Adon. Please.”sekali lagi anak muda itu menggunakan kemahiran berunding dan memujuk. Dia memegang tangan yang agak tidak berisi itu seolah-olah dia benar-benar mengharap.  “Baiklah  Encik Haikal.”tanda persetujuan tercapai. Mereka berpelukan. Haikal benar-benar menghormati orang tua itu. Tangan Pak Adon tidak cukup panjang untuk memeluk tubuh tubuh jejaka berbadan sasa itu. “Ah, one more thing, Pak Adon, kan saya dah cakap. Jangan panggil saya encik. Boleh? Panggil saya Kal yang macam Pak Adon panggil saya sewaktu kecil dulu. Ingat lagi kan waktu saya menangis-nangis berlari ke Pak Adon waktu saya jatuh basikal. Haha.”kata-kata yang mula serius dan akhirnya wujud unsur-unsur gurau dalam perbualan mereka.
“Lina, Lina! Cepat bukak pintu rumah ni! Lina!”nada marah Haikal buat wanita yang masih penuh luka di hati itu. Langkah yang lemah dan lambat wanita itu membuatkan bara di hati jejaka yang sedang merah itu semakin panas. Satu persatu langkah langkah membuatkan hatiLina semakin cuak. Nafasnya tersekat-sekat akibat jantung yang terlalu pantas berdegup. Jantungnya berdegup kencang seolah-olah menemui hantu. Mukanya pucat tak terkata. Tangannya yang kecil itu perlahan-lahan memegang tombol pintu. Belum sempat tangannya sampai ke tombol pintu yang berkilat itu, Haikal sudah tidak dapat menahan kemarahannya. Mentang-mentanglah tubuhnya sasa, dia terus menendang pintu itu. “Ktang!!”kekuatannya seolah-dia benar-benar tidak puas hati dengan Lina.
            “Ah!”sesuatu yang tidak terjangka berlaku. Lina rebah ke lantai. Pintu itu dengan kuatnya menhentak dahi Lina. Dahinya berdarah. Haikal terus pucat mukanya. Lantai sudah habis berlumuran darah bercampur air mata yang sudah tidak berharga lagi. Lina pitam dan terus pengsan. “Lina!”bergetar suaranya menunjukkan dia benar-benar takut. Sudah lama dia tidak pernah serisau ini. Tangannya yang berotot itu mengangkat kepala lina dan diletakkan ke pangkuannya. Air mata Haikal mengalir dan titis demi titis jatuh ke wajah Lina yang pucat. “Jangan tinggalkan aku Lina. Aku minta maaf Lina. Aku tak berniat nak cederakan kau. Lina..”pertama kalinya air mata yang ikhlas buat Lina berjujuran. Kata-kata itu juga secara spontannya keluar dari mulutnya. Dia seolah-olah menyesal dangan perbuatannya. Tiada kata yang dapat diungkapkan, hanya air mata yang menjadi simbolik perasaannya ketika itu.
“Lina,Haikal minta maaf Lina. Haikal tak berniat nat lukakan hati Lina. Ya Allah, aku tahu aku banyak dosa. Aku seolah-olah terumbang ambing di lautan maksiat. Aku lupakan Engkau ya Allah. Tapi aku mohon kali ini ya Allah, Engkau selamatkanlah Lina ya Allah. Aku pun tak tahu kenapa aku perlu risau dengan dia. Dia seolah-olah sinar bagi aku. Aku pun baru saja kenal dia. Tapi aku tak sanggup, aku tak mampu hidup tanpa dia di sisiku.”bisik hati Haikal. Dia agak hairan dengan kehadiran Lina dalam hidupnya. Siapa sebenarnya Lina bagi Haikal.
“Encik, encik ni suami Lina ke? Eh, encik ni bukan Encik Haikal ke? Pelakon tu kan?”kepoh benar jururawat itu. Dia agak kurang professional bertugas dalam bidangnya. Dia hanya harus menanyakan perkara yang berkaitan dengan professionnya dan bukannlah kepoh mengenai proffesion orang lain tapi itu sudah biasa bagi Haikal. Kadang kala Haikal rimas dengan orang ramai yang tak habis-habis ingin mengetahui tentang dirinya. Namun apa yang di soal oleh jururawat itu tidak diendahkan. Hanya satu saja jawapan dari Haikal. Jiwanya memaksa mulutnya untuk berbicara lantas terbitlah satu ayat , “Ya, saya adalah suaminya.”. Jawapan itu pasti dapat membahagikan semula jiwa Lina.
“Weyh. Cuba kau tengok lelaki tu. Dia Haikal kan. Ala haikal yang handsome gila tu.”bisik jururawat tadi kepada kawannya.”Eh, betullah. Handsome nya dia. Kalau lah aku dapat suami macam dia dah lama aku duduk rumah.”sempat lagi mereka bergossip sejurus saja Haikal menuju ke wad Lina. “Tapi, tak kan dia pukul bini dia yang dalam wad tu? Tapi dia dah kawin ke? Hari itu dalam Melodi cakap belum kawin. Entah-entah perempuan simpanan dia.”rancak betul perbualan orang yang pemikirannya agak kolot itu. Haikal yang pada mulanya tidak makan dengan gossip-gossip jururawat yang ibarat mak bedah di pasar borong, tersentap apabila mendengar perkataan perempuan simpanan. Haikal geram lantas beralih langkah ke jururawat itu. “Saya Haikal. Saya memang dah kawin. Tapi kalau akak gatal sangat nak kawin dengan saya nanti saya masuk minang. Nak?”Haikal seolah-olah menyindir Jururawat yang kolot itu tadi. “Betul ke? Saya kena beritahu ibubapa saya dahulu.”sempat lagi jururawat itu membalas sindiran dengan nada yang sangat menyampah. “Eh akak, ni nombor telefon kawan saya. Handsome! Kalau akak dah tak laku sangat, mereka sanggup kawin dengan kakak-kakak sekalian”seperti biasa, satu senyuman yang amat manis tetapi kali ini agak sinis seiring denagn sepucuk surat yang katanya ada nombor telefon sahabatnya itu diberikan kepada mereka. Haikal terus berambus dari situ. Hatinya masih risau sangat terhadap Lina. Jururawat itu tadi lantas membuka surat yang diberikan oleh Haikal. ‘Kau tu cuma jururawat yang kepoh dan tersangat hodoh. Sedarlah diri. Jangan nak mengata orang sahaja.’Sungguh berani Haikal menulis surat itu buat mereka. Dia langsung tidak memikirkan kesannya. Sudah tentu akan jadi berita hangat dalam berita hiburan. Namun apa yang penting diketika itu ialah nyawa Lina.
********************************************************************************************
            “Lina, aku akan tunggu kau di sini sampailah kau sedar. Aku dah tak kesah apa orang nak kata. Cuma.. Mama..”bisik si tampan itu ambil teresak-esak memegang erat tangan Lina. Lina hanya tidak menyedarkan diri dan terlantar di atas katil. Perlahan-lahan Haikal merebahkan kepalanya ke bahu Lina. Air matanya tidak henti-henti mengalir. Dia benar-benar rasa bersalah terhadap Lina. “Encik, saya rasa encik patut balik dahulu. Biar Puan Lina berehat dahulu. Kalau ada apa-apa perkara, saya akan telefon Encik Haikal.”kali ini layanan mesra doktor di hospital itu pula patut di puji. Sapaan Doktor Fahrin itu hanya dibalas dengan satu senyuman yang masih jelas kesedihan yang dialami oleh Haikal. Haikal pula tiada sedikit janggal pun mendengar gelaran puan untuk Lina itu. Segala-galanya seolah ia benar bahawa Lina adalah isteri Haikal, si model yang menjadi gilaan ramai. “Baiklah doktor.”langkah hampa diatur pulang oleh Haikal.
            “Abang? Abang Haikal! Abang!”satu suara memanggil Haikal dari belakang sejurus saja dia keluar dari wad Lina. Haikal menoleh redup kearah seorang perempuan yang bertubuh agak kecik dan rendah. Mata Haikal yang digelinangi air mata membuatkan pandangannya kurang jelas. Pakaian wanita itu agak berwarna ceria dan hanya dikenakan dengan skirt hijau. “Abang, are you okay? Ni Jazz la.”perempuan itu memperkenalkan dia. “Jazz, apa Jazz buat kat sini?” Haikal cuba berpura-pura senyum untuk menyembunyikan masalah dari satu-satu adik perempuannya,Jazz. Haikal ingat hanya senyuman hambar itu dapat menyorokkan masalah dari Jazz. “Jazz lawat kawan Jazz. Dia demam sikit. Abang. I’m asking you. Are you okay? Why are you crying?”soalan yang tepat panahannya buat Haikal. Ternyata keakraban mereka telah menyebabkan Jazz benar-benar tahu bahawa abangnya itu berada dalam kesusahan. Hanya dari mata, segala keperitan itu terselah untuk Jazz. “Nothing la Jazz. Jom balik!”Haikal masih ingin berselindung. “Okay.” Jazz hanya jawab saja. Tak nak jadi kepoh sangat. Tetapi hatinya masih tidak puas hati. Matanya cuba menjeling siapakah yang ada dalam wad yang baru abangnya keluar itu. Hanya seorang wanita yang hanya terlantar di atas katil. Sempat mata Jazz memandang tepat ke arah mata wanita. Terdapat air mata yang mengalir keluar dari mata wanita itu.



 “Siapa perempuan itu? Kenapa dengan abang sebenarnya? Aku patut tolong dia?”bisik hati Jazz sewaktu dia termenung di tingkap bilik. Dia benar-benar risaukan abangnya itu. “Aku kena jumpa perempuan tu. Mungkin ini saja cara aku nak tolong abang aku tu. Aku tahu dia dalam masalah. Sabar ya abang.”gerak hatinya lagi. Perlahan-lahan Jazz ke bilik abangnya. Langkah yang penuh berhati-hati diatur kerana tidak mahu abangnya mengetahui kehadirannya. Tangannya memengam tombol pintu yang berkilat. Penuh tumpuan perlahan-lahan tombol itu di putar. Matanya cuba mengendap abangnya yang berada dalam bilik itu. “Mana dia ni? Takkan pergi clubbing kot. Pagi tadi nangis.”hatinya terus berkata sejurus saja abangnya ghaib dari biliknya. “Tak apa lah baik aku pergi tengok perempuan tu dulu. Mungkin segala persoalan tu dapat terjawab.”perancangan Jazz untuk malam tu. Dia nak sangat tahu apa yang terjadi. Semangatnya membuatkan dia sanggup untuk bertindak persis detektif.
                  Satu per satu langkahnya memasuki ruang hospital yang penuh dengan bau ubat. Segala suasana riuh di bandar raya berubah dalam sekalip mata sejurus kakinya melangkah ke dalam hospital. Walaupun hanya sesaat pandangannya ke arah wajah Lina, tetapi wajahnya kekal terngiang-ngiang di pemikirannya. Langkahnya semakin laju seiring dengan degupan jantungnya. Jazz sedar setiap langkah itu di pertonton oleh orang ramai dan juga jururawat-jururawat yang sedang bertugas ketika itu. Pakaiannya yang agak menarik perhatian itu menarik pandangan mereka yang berada di situ. Tambahan lagi Jazz juga seorang model yang terkenal.
                 “Krekkk.”pintu wad Lina di buka. Matanya di bulatkan untuk lebih luas pandangannya. “Jazz?”terkejutnya muka Haikal apabila melihat Jazz, adiknya itu tampil di hadapan mukanya. Air mata yang  mengalir tidak sempat di lap. Mukanya hanya merah padam akibat terlalu banyak menangis. “Abang? Please explain this? I need your explaination.”Jazz terus bersuara tegas kepada Haikal. “Please abang.”rayu si model berpinggang ramping itu. Muka Jazz benar-benar mengharap. Haikal hanya buntu dan tidak tahu apa yang perlu di buat. “Okay, I will explain to you. But not here.”penerangan ringkas dari mulut Haikal. Secara langsung Haikal bersetuju untuk terangkan keadaan sebenar. “Ya Allah, kenapa perlu jadi macam ni!!!!”jerit Haikal dalam hatinya. Dahinya berkerut kerana dia benar-benar tertekan. “Jom, kita bincang dekat kedai mamak.”Haikal cuba bertutur lembut kepada adiknya walaupun panasnya hatinya itu tak terkata.
            “Mamak, teh tarik satu. Jazz, you nak apa?”Haikal kali ini benar-benar dapat mengawal emosinya. Akhirnya satu senyuman yang teramat manis terukir di wajahnya. Namun dari matanya masih kelihatan kepenatan dan kesedihan. “Hurm.. sky juice saja ya.”nada Jazz benar-benar lembut seolah-olah ingin menggoda mamak itu. Senyuman Jazz juga semanis senyuman Haikal. Tetapi lesung pipit di muka Jazz lebih menampakkan dia menawan dan jelita. “Okay let we start from here. Can I know who is she?” Jazz kelihatan benar-benar tidak sabar. Dengan sekalip mata, senyumannya itu hilang dan wajahnya terus serius. Kedutan di dahinya menunjukkan dia benar-benar ingin tahu. “She is my future wife. I know its quite hurry. But it is a long story. Okay lah. Sebenarnya dia cuma orang yang abang pernah tidur saja. Tapi dia lain. She’s so different. Dia dijual oleh pak cik dia. Abang pula salah seorang daripada orang yang orang tua tu berhutang. Dan nak dijadikan cerita, Kay adalah first customer dia. Then…”panjang lebar penerangan Haikal. Jazz dengan penuh teliti mendengar cerita abangnya itu.
            “Jazz, abang tak tahu lah apa yang specialnya dia tu. Abang tak boleh hidup tanpa dia. Abang pun sebenarnya tak terlintas untuk cederakan dia. Mungkin Jazz tak boleh terima dia untuk jadi your sister in law, but please give me  a chance.”Haikal mengakhiri penerangannya itu dengan rayaun buat Jazz untuk berikan Haikal dan Lina satu peluang. “Abang, are you crazy? Jazz tak pernah kisahlah siapa yang jadi kakak ipar Jazz. Asalkan abang bahagia. And one thing I want to say is, bro you are in love with her. Jangan lepaskan peluang ni. Grab her. Pasal mama nanti Jazz cuba cover line. Ala.. Nanti mama mesti boleh terima juga lah.”jawapan yang tidak dijangka oleh Haikal keluar dari mulut Jazz. “I love you Jazz.”hanya itu yang dapat dikatakan oleh Haikal. Dia agak gembira dan seolah-olah terlepas dari satu beban. “Dah la bang. Jazz nak tengok muka bakal kakak ipar Jazz. Jom!” Jazz begitu teruju untuk menatap sedalam-dalamnya wajah Lina.
            “Here she is.”kali ini nada Haikal agak bangga memperkenalkan pada Jazz. Kali ini Jazz benar-benar menatap wajah Lina. Tangannya mengusap rambut Lina perlahan-lahan. Tanpa di duga, air mata mengalir dari pipi Jazz. Jazz benar-benar nampak kelesuan pada wajah Lina. “Abang, jaga dia betul-betul.”satu lafaz dengan nafas yang agak tersekat-sekat dari Jazz.


 “Hey, you Lina right. How are you? Lawanya bakal menantu I ni. Haha You mesti terkejukan. Haikal da bagi tahu I la. If you two dah ready, I akan masuk meminang. Tapi sebelum tu, let’s we have a chat. Please?”Datin menegur seoarang wanita sewaktu dia berlegar-legar di shoping complex. Datin benar-benar ingat apa yang difikirkan itu betul. Dia tahu Haikal sedang bercinta dengan Lina, cuma salahnya, Datin Safiya salah memilih Lina. Dia jangka bahawa Lina itu adalah artist baru yang sedang meletup ketika itu. “Lina? Yes I’m Shalina but just call me Sha. And you Datin Safiya right. Owh my god you are Haikal’s mother? Sure we can have some chat but saya nak pergi ke washroom sekejap ya.”reaksi muka Lina tiada langsung pelik walaupun dia tidak pernah mencintai Haikal. Mungkin dia memang pelakon yang sangat hebat. Air wajahnya sedikit pun tidak berubah.
                  “Haikal? Cakap dengan dia pun aku tak pernah.Tapi dia memang handsome. Hurm… Ah lantaklah, at least dia kaya. Nanti aku pun boleh jadi lagi meletuplah. Gossip baru ni. Haikal,Haikal. Kenapa tak cakap awal-awal yang kau suka aku. Kalau kau cakap dah lama aku aku masuk minang kau. Haha.”Sha yang mulanya pelik dan akhirnya ada niat yang agak serong terhadap Haikal. Mungkin dia memang tidak pernah bercakap dengan Haikal, tetapi dia sudah pernah mengenali Haikal. Ya lah artist popular kan. Siapa yang tek kenal? Sha hanya tertarik kepada lelaki yang mempunyai harta. Kini hatinya teruja untuk di gossipkan dengan Haikal. “Hello, I nak you tulis cerita tentang Haikal dan Sha. I ada dengar yang mereka sekarang bercinta. Sekarang ni Sha sedang berada di kedai makan bersama mama Haikal,Datin Safiya.”langsung tidak membuang masa. Sha terus berpura-pura menjadi orang yang merepotkan kisah cinta Haikal dan Sha kepada wartawan hiburan. Kononnya ia bukanlah Sha yang jadi kaki report sedangkan ini semua dilakukan untuk melariskan lagi professionnya sebagai pelakon. Sedikit sebanyak gossip dapat meningkatkan marketnya dalam bidang lakonan.  Senyuman yang sinis terukir di wajah Sha. Dia memang sangat licik.
                  “Datin, boleh saya duduk sini?”sopannya lakonan si Sha itu dihadapan Datin Safiya yang kini sangat diidamkan oleh Sha untuk menjadi ibu mertuanya. “ Of course my dear. Nak apa-apa order saja. Hari ini mama belanja.”sungguh sayangnya Datin Safiya kepada bakal menantunya yang plastik itu. “It’s okay. I dah makan dah tadi.”seperti biasa mukanya tidak ubah seperti di dalam drama. Mereka pun mulakan perbualan mengenai Haikal. Sungguh rancak sekali perbualan mereka. Sha berpura-pura seolah-olah dia memang sedang berkasih sayang dengan Haikal.
                   “Assalamualaikum. Datin Safiya, Sha. Apa khabar? Boleh kami nak tanya soalan sedikit tak. Dengar cerita Haikal sedang hangat bercinta dengan Sha. Betul?”kekepohan wartawan itu hanya terus meluru kepada soalan tanpa persetujuan untuk ditemuramah. Sha hanya diam kononnya tidak mahu komen pasal gossip itu. Matanya menjeling kearah Datin Safiya. “Ya! Of course. Mereka ni juga akan kahwin tak lama lagi.”sungguh pantar mulut Datin Safiya walaupun soalan itu bukan di tujukan buatnya. Mendengar jawapan itu senyuman kepuasan di berikan oleh Sha buat wartawan itu. “Tapi beri komen Sha, orang ramai tidak pernah mendengar cerita Sha dan Haikal tetapi tahu-tahu saja nak kawin. Sudah tentu banyak spekulasi-spekulasi yang kurang enak didengar. Jadi, apa komen Sha?”satu soalan pedas buat Sha. Sekali lagi Sha hanya diam menunjukkan dia tiada komen atau tidak berani memberi komen. “ I think it not or problem. Benda yang baik kenapa nak tunggu lama-lama.”pandai benar datin menghadapi soalan-soalan seperti itu.
***********************************************************************************************
            “Aduh.” Perkataan pertama yang terkeluar dari mulut Lina selepas 2 hari tidak menyedarkan diri. Haikal yang pada ketika itu tertidur di lengan Lina terus terjaga. Lina terus menggigil sejurus saja. Dari matanya saja tersimpan seribu ketakutan. Ketakutan yang sentiasa membuatkan matanya mengalir air mata jernih. Air mata yang melambangkan seribu penderitaan hidupnya. “Lina,Lina,Lina.. Please stop crying. Please.. I’m sorry. Lina, jangan nangis. Haikal akan jaga Lina. Berilah Haikal peluang Lina. Haikal cintakan Lina.”satu kata-kata keramat keluar dari bibi Haikal. Tangannya diletakkan di kedua-dua belah pipi Lina. Ibu jarinya mengelap air mata di pipi wanita itu. Dia cuba untuk menenangkan hati Lina. “Saya tak nak menyusahkan Encik Haikal. Lepaskanlah saya.”merajuk Lina kerana luka di hatinya masih tidak terubat. Walaupun Haikal telah nyatakan bahawa dia mencintai Lina, tetapi hati Lina tindak sanggup terluka lagi. “Saya akan menikahi kamu. Maafkan saya. Tolong jangan tinggalkan saya.”air mata Haikal juga turut mengalir. Haikal menggenggam erat tangan Lina. Keadaan penuh dengan air mata.
*******************************************************************************************
            “Lina, mulai hari ini awak adalah isteri saya yang sah.”lafaz Haikal buat Lina di hadapan sebuah masjid di Thailand. Meraka hanya bernikah di Thailand kerana tidak mahu perkahwinannya ini menjadi satu kontrovesi buat Datin Safira. “Lina, Kay harap Lina dapat faham keadaan kita sekarang. Walauapapun yang terjadi,Kay tetap sayang Lina.”romantis sungguh lafaz jiwa Haikal buat Lina. “Encik, terima kasih. Saya tak tahu nak cakap apa..”air mta mengalir lagi. Tetapi kali ini air matanya agak berbau kebahagiaan. Pertama kalinya senyuman terukir di wajah Lina buat Haikal. Walaupun agak hambar, tetapi Haikal membalasnya dengan satu kucupan di dahi Lina. “Lina, Lina boleh tolong abang tak? Lepas ini jgan panggil encik lagi. Panggil saja abang. Hurm… Ni hadiah buat Nur Farzana Nayli ini. Abang ingat abang tak nak panggil isteri abang ni Lina lah, abang nak panggil Nayli. Boleh?”saat-saat manis Haikal dan Nayli. Sebenarnya nama Lina bukanlah Lina, tetapi Nayli. Lina itu hanya nama ibunya. Tetapi kerana wajahnya yang sama dengan arwah ibunya, orang kampung memanggil dia Lina.  Haikal memandang sedalam-dalamnya wajah isterinya itu. Matanya memandang redup ke pada Lina. “Baiklah abang.”jawab Nayli. Mukanya yang putih menjadi merah menahan malu. Haikal memeluk isterinya itu. Nayli benar-benar berasa tenang dan bahagia dalam pelukan si tegap itu. Muka Nayli benar-benar di dada tegap Haikal. Tangan yang sasa itu memeluk tubuh Nayli seeratnya. Degupan jantung Haikal dapat di dengar jelas oleh Nayli.
                   “Tahniah bro!”Haikal terus melepaskan pelukan itu. “Jazz, macam mana Jazz tahu abang dekat sini?”Haikal terus bertanya soalan buat Jazz seolah-olah Jazz tidak lihat apa yang mereka lakukan sebentar tadi. Nayli agak pelik dan cuba ingin mengecam siapakah itu. “Abang! Sampai hati abang tak bagitahu Jazz yang abang nak kawin hari ni. Kalau tak nak mam tahu pun, at least, bagitahulah Jazz.”Jazz terus marah abangnya dengan nada mengada-ngada. “Kakak, tahniah”pertama kalinya Jazz menegur kakak iparnya itu. Jazz memang seorang yang sekepala dengan abangnya. Lina hanya sambut ucapan itu dengan satu senyuman dan memeluk adiknya itu apabila Jazz memeluknya dahulu. Haikal sangat bahagia melihat telatah adiknya itu. “Dah lah. Jom Jazz belanja makan pengantin  baru ni.”Jazz terus memecahkan keadaan yang lebih tenang tadi.
                    “Jazz datang dengan siapa?”Kay terus memulakan perbualan apabila sampai di kedai makan yang agak mewah di Thailand itu. Jazz hanya tersenyum mendengar pertanyaan itu. Muka Jazz terus merah padam. “Jazz datang dengan kawan. Sekejap lagi dia datang.”Jazz hanya mematikan soalam itu kerana malu. “Ya lah tu kawan.”Haikal mengusik Jazz apabila nampak Jazz tersipu-sipu malu. “Assalamualaikum.”satu sapaan dari belakang Haikal. Suaranya yang agak serah seolah-olah dia benar-benar macho. “Perkenalkan, ni kawan Jazz. Nama dia Adam.”semakin merah muka Jazz apabila Adam sudah sampai. Sebenarnya Jazz dan Adam telah bercinta sejak 4 bulan yang lepas. “Owh. Ni la buah hati, intan payung adik abang ni”semakin ligat Haikal mengusik adiknya. Haikal menghulurkan tangannya dan bersalaman dengan Adam. Nayli hanya diam kerana belum biasa dengan keluarga barunya itu. Namun, mata Adam tidak habis-habis memandang wajah Nayli. Dia membuatkan Nayli semakin kurang selesa. “Kenapa dia ni? Dia kenal aku ke? Esh.. Janganlah pandang aku macam tu.”hati Nayli berbisik.


   “Ya Allah. Aku bersyukur kepada mu ya Allah. Akhirnya kau berikan kebahagiaan buat aku. Namun ya Allah, janganlah kau tarik balik kebahagian ini. Berikan aku ruang mengecapi saat-saat manis bersama Haikal.”wanita solehah itu berdoa kepada Allah. Kini dia merasakan dirinya agak tenang. Dia seolah-olah terlepas dari batu yang teramat besar yang selama ini menghipap kepala dan dadanya. Dia sudah ada Haikal di sisinya.
                       Haikal hanya sedang baring di atas katil dengan hanya berseluar tiga suku. Badannya yang sasa itu benar-benar boleh membuat wanita-wanita cair. Habis saja Lina beribadah di tepi katil, dia melipat sejadah dan telekung. “Sayang,”haikal memegang erat tangan Nayli. Ditariknya perlahan-lahan tangan Nayli sehingga wanita itu duduk di hadapannya. Perlahan-lahan dia meletakkan kepala Nayli ke atas pehanya. Tangannya mengusap-usap rambut Nayli dengan penuh kasih sayang. Matanya penuh menawan merenung tajam wanita yang kini bergelar isterinya itu. Perlahan-lahan Nayli bangkit semula dan duduk di sisinya. Mata Nayli juga tak nak kalah merenung tepat kearah Haikal. Tangan Haikal yang tadi di rambutnya kini turun ke pipinya. Ibu jarinya membelai bibir Nayli. Satu senyuman yang mengancan buat isterinya. Haikal perlahan-lahan meletakkan kepala Nayli di dadanya yang tiada berbaju itu. Dia mengucup rambut Nayli beberapa kali. Kehangatan dari badan Haikal dapat di rasai oleh Nayli. Nayli berasa sungguh bahagianya di saat itu. Kepala Nayli di angkat semula. Kali ini Haikal mengucup pula dahinya dan kemudian pipinya. Setiap kucupan itu penuh berharga buat diri wanita itu sendiri. Harga cinta yang tidak pernah di dambarkan dari jejaka yang mewah dan tampan seperti Haikal. Dia terasa seolah-olah di belai oleh seorang lelaki yang tertampan didunia. Terserlahlah cinta Haikal buat Nayli. Kulit Nayli yang agak kemerah-merahan itu di belai lembut oleh Haikal. Tangan yang sasa itu mula meraba-raba butang pada lampu tidurnya. Sedikit pun matanya yang bersinar itu tidak berganjak dari merenung isterinya yang sedang membelai-belai bulu dada Haikal. “Ketak!” butang lampu di tekan dan lampu terus mati. Inilah saat yang amat bahagia buat Nayli. Haikal juga amat menantikan saat-saat ini. Segala ketakutan Nayli buat Haikal terus hilang ketika itu. Apa yang ada hanya cinta yang pernah di jangka buat Haikal. Baginya Haikal lah kini yang bertakhta di hatinya. Hanya sinar bulan yang menjadi saksi cinta mereka pada malam itu.
                    “Sayang, bangun. Dah pagi ini. Jom kita keluar sarapan.”penuh manja Haikal mengejutkan isterinya yang sedang tidur dengan nyenyak.  Mungkin kerana terlalu selesa berada dalam dakapan suaminya semalam. “Jom kita mandi. Then baru kita pergi sarapan dekat restoran yang hujung sana tu. Katanya dekat situ sedap.”nada yang penuh romantis buat Nayli atau lebih dikenali dengan Lina. Tangannya mengoncang peha Nayli. Perlahan-lahan Nayli bangkit. Bangkit dengan senyuman buat suaminya itu. Melihat senyuman itu Haikalterus mengucup bibir isterinya yang tercinta itu. Dengan kucupan itu membuahkan pagi yang ceria buat Lina.  “Dah. Dah. Jom mandi. Cepat!”kononnya Haikal ingin bertegas denagn isterinya itu. “Kay nak mandi dengan saya? Dalam satu bilik mandi?”persoalan yang ternya hanya untuk melakarkan gurauan manja buat Haikal. Guruan itu juga terhidu bau cabaran bagi Haikal. Di akhir ayatnya itu disambung dengan tawanya yang ternyata comel buat Haikal. “Of course lah. Kenapa? Tak percaya?”Haikal kononnya menyahut cabarannya. Biasalah Haikal kan selama ini terlalu bergantung dengan egonya. Dia terus mendokong Nayli dan berlari ke bilik air yang luasnya agak sebesar bilik yang boleh memuatkan 13 orang di dalamnya. Tindakan itu tidak di jangka oleh Nayli.
                      “Pishh.. bunyi air pancuran. Titis-titis air membasahi mereka berdua. Romantisnya ketika itu. Dahi mereka bertemu. Begitu juga hidung mereka. Mata Haikal penuh tajam menenung tepat ke mata Nayli. Pinggang Nayli dipengang erat oleh Haikal. Haikal yang pada itu hanya berseluar pendek dan Nayli yang hanya memakai baju tidur. Air pancutan itu agak panas dan mengeluarkan wap yang agak tebal. Kehangatan wap itu tidak langsung menjejaskan mood mereka. “Nayli, I love you so much.”suara yang macho yang keluar dari mulut Haikal. Posisinya masih sama. Sedikit pun tidak berganjak. Matanya tidak sesaat pun berpaling dari Nayli.
*****************************************************************************************
                       “You nak makan apa?”nada yang sangat lembut tetapi masih terdapat unsur tegas. Tangan Haikal sedikit pun tak mahu melepaskan Nayli pergi. “ Saya nak makan apa yang Kay makan.”jawapan manja dari Nayli. Walaupun Nayli sudah bermesra dengan Haikal, tetapi dia masih kekok untuk menggunakan I dan you. “Okay la, I nak beli surat khabar dekat depan tu sekejap eh.”Haikal ingin membeli surat khabar. Walaupun mulutnya berbicara, namun tangannya susah melepaskan tangan lembut isterinya itu. Bangkitnya Haikal agak lemah. Ianya seolah-olah jantungnya tertinggal di sisi Nayli.
                 “Haha! Dah beli dah!”kononnya sergahan buat si isteri. Sergahan yang di sertakan dengan satu pelukan dari belakang. “Aik? Cepatnya.”Nayli tidaklah terlalu terkejut dengan sergahan itu, tetapi terkejut dengan masa yang singkat digunakan oleh Haikal untuk membeli surat khabar. “Abang lari dari kedai cepat-cepat ke sini. Ye la. Takut isteri abang hilang.”usik Haikal hanya untuk mengada-ngada manja. Terbit juga senyuman yang mencairkan hati Nayli ketika itu. Lesung pipit yang menambahkan manisnya muka suaminya itu. Haikal kemudiannya terus duduk. Penuh bergaya tangannya dilebarkan bersama surat khabar itu. Matanya melelong mencari topik yang dapat menarik perhatiannya.
                  “Hah?”suara Haikal mengejutkan Nayli yang sedang merenung gelagat suaminya itu. “Kenapa abang?”pantas Nayli menjawab. Haikal hanya terdiam selepas hanya satu jeritan terkejut itu. Dia terus menutup semula surat khabar. “Sayang. Abang nak sayang kuat okay. Abang kan artist. Abang bukan nak bangga. Banyak cerita-cerita yang selalu keluar untuk menjatuhkan nama baik abang. Sayang faham kan.”penuh serius muka Haikal yang secara tiba-tiba menasihatkan isterinya. Haikal memegang semula tangan isterinya. Nayli cuba menjeling-jeling akhbar itu. Dia cuba untuk faham keadaan ketika itu. Ternyata hanya ada satu berita mengenai suaminya itu. Matanya terpanah tepat kepada satu keratan kecik di muka hadapan akbar. ‘Haikal dan Sha akan berkahwin.’. Tulisan inilah yang menarik pandangan Nayli. Namun Nayli telah bersiap sedia untuk menghadapi segala ini sejak kali pertama Haikal melafazkan akad nikah.
****************************************************************************************
                      “Mama! Kenapa mama cakap dekat press yang abang nak kawin dengan Sha.”lantang sungguh suara perempuan itu membela abangnya. Mukanya benar-benar menunjukkan yang dia kurang puas hati dengan tindakan mamanya itu. Memang mereka sudah tahu mamanya itu seorang yang sangat kepoh dan cepat buat keputusan. Keputusan yang sering membuat susah bagi dia atau orang lain. “Ala. Mama malas nak layan press. Tu yang mama jawab saja. Lagi pun abang kamu yang cakap dia bercinta dengan Lina.”penerangan yang langsung tidak kukuh untuk membela tindakannya itu. Hujah yang hanya rapuh dan menyakitkan hati Jazz.
“Memang! Memang abang cintakan Lina. Tapi, bukan Shalina ma..”jawab Jazz yang semakin malas melayan kerenah mamanya. “Owh. Then you know which Lina? Please tell me right now. Which one? Who?”soalan demi soalan diludahkan kapada Jazz. Persoalan itu seperti perluru keluar dari mulut Datin Safiya. Jazz sendiri telah tersalah langkah. Seharusnya dia elak bercakap mengenai identiti Nayli. Jazz terus berlari. Hanya itu yang terlintas . Perancang terakhir yang terlukis di mindanya ketika itu. “Jazz!”jeritan yang langsung tidak memadan lukisan perancangannya itu. Jeritan yang keluar dari perut mamanya dan di lafazkan di bibir datin. “Apa yang aku nak buat ni? Aku mesti kena cari? I will make sure that one finding I will be meet her with my naked eyes.”hatinya berbisik. Hati seorang ibu yang sentiasa mahukan anaknya bahagia.


  “Kay! Mama nak cakap dengan Kay.”nada tegas yang terbit di mulut seorang ibu. Hati Datin Safiya tidak akan tenteram kalau dia tahu yang anak-anaknya itu merahsiakan sesuatu. Fikirannye seolah-olah membuak dengan sejuta persoalan yang bakal di siramkam buat Haikal. Namun dia masih dapat mengawal emosinya. Dari lontaran suaranya sahaja, Haikal sudah dapat meneka apa isu yang ingin dijadikan persoalan. Namun Haikal sejak membaca akhbar itu lagi sudah menyiapkan diri menentang dan melontarkan hujah yang mungkin dapat membela nasibnya dan Nayli. “Haikal ada baca news about you hari tu? I’m sorry for that. Mama tahu mama terlampau kalot. Mama bukan apa. Mama tak mahulah anak mama ni jadi bujang terlajak. Mama tak kesah pun Kay nak kawin dengan siapa. Pasal Sha hari tu, kalau bukan pilihan Kay, mama akan buat press conference lagi. Pandailah mama cakap nanti.”manis muqadimah yang terbit di mulut mamanya itu. Haikal hanya senyap dan tidak menghiraukan sepatah pun apa yang di perbualkan oleh Datin Farida. “So? Mama ingat Sha tak malu? Sha mesti tak puas hati punya.”hanya itu yang dapat terlafaz oleh Haikal. Dia ingin mamanya fikir pula apa yang akan Sha lakukan. “I’m sorry. Okay. Mama janji, mama akan padamkan balik isu ini. Mama pun akan cuba berbincang dengan Sha. But hari tu, dia cakap memang Haikal dengan dia bercinta. Tu yang mama berani nak cakap pada press. But I’ll make sure everything will gonna be okay.”. Mendengar jawapan itu, muka Haikal mula berubah. “Sha? Okay, nanti aku mesti jumpa dia personally.”bisik hati Haikal yang akhirnya disertakan dengan senyuman buat mamana. Senyuman tanda setuju dan sudah memaafkan mamanya itu. “But Haikal.”Datin Safiya cuba mempersoalkan satu perkara. Haikal yang tadi sudah tenang kini berkerut semula. Matanya fokus kepada bibir mamanya untuk memahami butir-butir yang keluar dari mulut Datin Safiya. “Boleh mama tahu, siapa Lina yang bertakhta di hati Kay?”sungguh terus soalan itu. Tiada satu pun unsur yang cuba di gunakan sebagai pembayang. Matanya yang kuyu menunjukkan dia benar-benar ingin tahu. “Hurm. Boleh but with one condition. Haikal akan bawa dia jumpa mama tapi mama mesti boleh terima dia seadanya.”dari air muka haikal benar-benar dia ingin mendapatkan persetujuan mamanya itu. Haikal memandang tepat majah mamanya untuk menunggu satu jawapan yang mungkin dapat mengubah nasib dia dan Nayli. “Okay. It’s up to you. Esok Kay mesti bawa dia kerumah.”jawapan yang amat dinantikan oleh Haikal keluar dari mulut Datin Safiya. Haikal hanya tersenyum mendengar jawapan itu. Walaupun pada hakikatnya datin belum 100% bersetuju dengan persepakatan itu, tetapi perasaan ingin tahunya itu menggerakan bibirnya berbicara. Datin Safiya amat mementingkan status.
                      “Abang nak bawa Nayli pergi jumpa mama esok.”intonasi yang agak ceria dari Haikal. Nayli terus terkejut mendengar berita itu. “Mama? Datin Safiya? Dia boleh ke terima aku?”soal hati Nayli. Walaupun terkejut, tiada sedikit pun air muka yang menunjukkan dia gembira dengan berita itu. Mulutnya langsung diam membisu. “Sayang tak suka?”kali ini tonasinya agak manja. Dia semakin hampir kepada isterinya yang sedang menghidang air. Tetap tiada respon dari Nayli. Dia  bukan apa, dia cuma risau apa yang bakal berlaku apabila bertemu.
                    “Baiklah.”hanya itu yang mampu terlafaz oleh Nayli. Satu kata hikmat yang pantas mengubah air muka Haikal. Mendengar jawapan itu, tangan Haikal terus memeluk tubuh isterinya itu. Dia mengucup kepala isterinya yang teramat disayangi. Tanpa di sedari titis-titis air mata keluar. Air mata Haikal berbau kegembiraan. Dia merasakn seolah-olah segala suratan yang tertulis buatnya mendatangkan pelangi selapas hujan dan kilat yang kuat. Namun titis-titis yang jatuh dari pipi Nayli melambangkan kerisauan dan keperitan. Adakah suratan yang ditakdirkan untuknya sentiasa dalam air mata. Antara air mata gembira ataupun keperitan. Namun takdir ini diserahkan kepada-Nya. Dia cuba untuk redha namun kadang-kala hanya pasrah yang ada dalam hatinya.           
                       “Assalamualaikum. Kak Nayli?”suara yang semakin biasa menusuk ke gegendang telinga Nayli. Sudah semestinya satu-satunya adik iparnya itu. Nayli yang tadi di dapur terus ke pintu hadapan untuk menjemput adiknya. “Jazz. Masuklah. Abang tak ada. Dia ada kerja katanya.”semakin ramah dia kepada adiknya. “Lina.”satu suara dari belakang Jazz. Muka lelaki yang baru kali ke dua mereka bertemu. Adam. Reaksi muka Nayli berubah apabila melihat Adam. Dia kurang selesa dengan Adam yang suka merenung wajahnya. Entah apa yang dia nak. Nayli tak mahu lah hanya kerana Adam yang agak pelik tu, dia dengan Jazz bergaduh.
                          “Akak, dengar cerita esok kakak nak jumpa mama. Betul ke?”Jazz mencari-cari topik untuk dibualkan. Nayli hanya tersengih. Mungkin kerana dia diperhatikan atau dia malu untuk menjawab persoalan tu. Melihat riak muka Nayli yang berubah itu, Jazz mula rasa serba salah. Takut-takut tersinggung perasaan kakak iparnya itu. “Don’t worry lah. Jazz backup akak esok.”sempat lagi Jazz mengenyit mata buat Nayli. Kononnya ingin memberi semangat.
                          “Kak, Jazz nak tumpang tandas. Where’s the toilet?”Jazz memegang perutnya menunjukkan dia benar-benar ingin ke tandas. Dari air mukanya juga nampak bahawa dia ingin membuangkan sesuatu. Mungkin dia benar-benar ingin membuang hajat. Cuma persoalannya sama ada hajat besar atau kecil. “Masuk bilik air akak lah. Ada kat atas. Bilik hujung tau.”penerangan ringkas untuk Jazz. Hanya penerangan ringkas kerana takut jazz tercicirkan sesuatu. Melihat wajah Jazz Nayli tertawa sendirian. Nayli terus ke dapur. Dia tidak ingin duduk bersama Adam. Pantas langkahnya diatur ke dapur. Munkin nampak tidak sopan, tapi ini untuk keselamatannya dan juga Jazz.
                          “Nayli, ada apa-apa yang I boleh bantu?”nada yang sangat mengada-ngada. Jantung Nayli berdegup pantas mendengar suara itu. Tangannya yang kecil yang sedang sibuk bekerja itu terhenti seketika. Tiada jawapan di berikan kepada jejaka itu. Hatinya seolah-olah ingin menjerit. Mulutnya pula terasa ingin saja diludahkan perkataan-perkataan yang tidak elok kepada Adam. Namun segalanya seolah-olah dihalang hanya kerana di hantui perasaan kasihan kepada Jazz. Muka Nayli langsung tidak menoleh kearah lelaki itu.  “Kenapa kau macam benci dengan aku? Relax lah. Jazz kan kat atas.”selamba sahaja lelaki itu berkata sedemikian. Tangannya juga memeluk tubuh Nayli. Pantas Nayli menolak. “Kau tak takut ke kalau Jazz turun.”pertama kali suara Nayli terlempar buat Adam. Walaupun nadanya agak kasar, namun senyuman yang di balas oleh Adam. Senyuman yang membawa seribu makna. Mungkin dia gembira kerana akhirnya Nayli bersuara kepadanya. Namun senyuman itu juga mungkin sebagai satu alat phsyco untuk menakutkan Nayli.  “Aduh!”secara tiba-tiba Nayli tersentak. Dia terasa amat pening. Badannya tidak mampu dikawal dan tanpa di sedari hanya bertongkatkan Adam. Mukanya berada di bahu Adam. Jejaka yang miang itu seolah-olah mendapat sesuatu yang berharga. Harga pelukan yang selama ini di nantikan. “Adam?”Jazz pelik denga keadaan yang berlaku di hadapan matanya. “Jazz, Nayli pening.”hanya itu yang dapat di perkatakan oleh Adam. Pernyataan yang hanya di keluarkan bagi menutup kejahatannya itu.

 “Saya dapati Puan Nayli ini terlampau stress. Tekanan darahnya tinggi.  Emosinya juga kurang stabil.”pernyataan dari Doktor Fahrin dari hospital di mana Jazz berjumpa Nayli. Hospital yang menjadi noktah kepada semua langit yang haru biru bagi Nayli. Namun adakah itu memang disuratkan sebagai noktah atau hanya koma sahaja. “Saya rasa dia perlukan rehat secukupnya.”ayat noktah dikeluarkan oleh doktor itu sendiri. Dia terus berjalan. Sempat lagi diukirkan sebuah senyuman buat Jazz. Jazz agak kelam kabut. Perasaannya agak bercampur baur. Ada juga bau-bau cemburu terdapat dalam hatinya itu. Tetapi adakah perasaan itu yang harus mengawal dirinya di saat Nayli sedang sakit. Jazz sendiri tidak percaya. Dia sudah perasaan lama sebenarnya. Semuanya sejak pertama kali Adam diperkenalkan kepada Nayli. Adakah kakak iparnya itu memang menggatal? Atau Adam yang sudah berubah hati? “Arghh! Apalah aku ni. Nak cemburu sekarang buat apa. Yang penting Kak Nayli sekarang. Baik aku telefon Abang Haikal.”Jazz cuba mengawal emosinya. Emosinya yang sudah serabut itu. Nafas ditarik sedalam-dalamnya kononnya cuba untuk menenangkan diri. Adam pula hanya seolah-olah tidak memahami keadaan Jazz. Mukanya yang selamba saja kadang-kadang membuatkan Jazz rasa macam nak berikan satu pelempang ke mukanya. Adam seharusnya tidak patut berada di situ. Jazz tidaklah terlampau membenci lelaki itu, tetapi dia rasa mungkin Adam tidak patut berada di sisinya di ketika itu.
                  “Hello, abang! Kak Nayli masuk hospital. Datang sini cepat. I think you should bring mama along.”Jazz cuba memberitahu abangnya keadaan sebenar. Jazz juga sempat mengeluarkan cadangannya untuk membwa Datin Safiya sekali. Jazz sendiri sebenarnya kurang pasti kenapa dia dapat rasakan yang ini masa yang sesuai untuk Datin Safiya mengenali menantunya. Mungkin kerana di sini juga tempat Jazz bertemu Nayli. “Ha? Kenapa? Kenapa dengan Nayli?”rancangan Jazz tidaklah menjadi topik untuk Haikal persoalkan. Apa yang lebih penting untuk Haikal adalah Nayli. Jantung Haikal seolah-olah tidak dapat berfungsi dengan efisyennya. Matanya yang semakin segar setelah selama ini menampung air mata mula digelinangi air mata semula. “Ala… Nanti Jazz cakap. Yang penting bawa mam sekali.”sekali lagi rancangan dibicarakan di bibir Jazz. Walaupun hanya berhubung di alam maya, jiwa Jazz seolah-olah dapat membayangkan wajah abangnya ketika itu. Dia seolah-olah dapat menghafal setiap kedutan di wajah jejaka itu. Jazz juga faham betapa risaunya Haikal. Namun Jazz yakin inilah jalan terbaik. Dia dah dapat bayangkan betapa marahnya abangnya sekiranya perkara ini dirahsiakan.
                “Mama, mama nak jumpa Lina?  Kalau nak, cepat-cepat siap. Nanti Haikal datang ambil mama. Lina dekat hospital sekarang ni.”pantas butir demi butir meniti di bibr Haikal. Dah lah tiada satu salam pun yang tersebut dibibir,Datin Safiya juga tidak diberikan peluang untuk bersuara. Talian terus diputuskan sejurus saja ayatnya menjumpai noktah. Datin Safiya termanggu sebentar apabila mendapat panggilan itu. Dia hairan, tidak pernah Haikal seserius ini dan sebiadap ini. Dia seolah-olah tidak sedar yang dia sedang bercakap dengan mamanya sendiri. Tetapi Datin Safiya tetap menurut kata-kata anaknya itu. Dia cepat-cepat bersiap untuk ke hospital. Fikirannya yang bercelaru. Namun apa yang ternyata di fikirannya ialah siapa Nayli itu.
                  “Jazz,  mana Nayli?”kelam kabut keadaan Haikal. Setiap perkataan itu pun tidak jelas terlafaz. Datin Safiya hanya tertinggal di belakang. Dia tidak dapat mengikut langkah Haikal yang besar itu. Jadi dia hanya mengekori dari belakang. Jazz yang menunggu di ruang menunggu terkejut mendengar suara abangnya itu. Rasanya baru beberapa minit yang lepas saja dia menelefon abangnya. Nampak sangat yang dia teramat risau. Mata Jazz mencari-cari mamanya. “Dia dekat dalam wad.  Hanya seorang yang boleh melawatnya.”walaupun mulut Jazz berbicara, matanya masih melelong mencari kelibat Datin Safiya. Jarinya menunjuk ke sebuah wad.  Datin Safiya mengaturkan langkah yang agak hambar dan lemah. Nafasnya tersekat-sekat mungkin kerana terlampau penat.  Jazz terus mendapatkan mamanya itu. Haikal apabila melihat saja jari Jazz menunjuk itu, dia terus masuk ke wad itu. Pantas dia berlari dan membuka pintu. Jazz pula tidak menghiraukan abangnya itu.
                        “Hah?  Ni siapa pulak? Mana Nayli?”hati Haikal berbisik sejurus sahaja dia masuk ke dalam wad itu. Di pandangannya hanya seorang perempuan yang tidak dikenali bersama dengan seorang jejaka yang juga tidak pernah dilihat. Tanpa berfikir panjang Haikal terus melangkah ke belakang semula. “Jazz! Mana?”kali ini nadanya agak tinggi sedikit. Jazz perlahan-lahan membawa mamanya ke tempat duduk. Mendangar suara abangnya itu, Jazz terus menoleh ke abangnya. Dia sendiri Hairan kenapa abangnya berada di wad yang bukan di mana Nayli berada. Kali ini Jari telunjuknya di angkat semula. Kali ini lebih tepat. Matanya juga tepat memandang wad itu,menunjukkan dia benar-benar yakin denga jawapannya sekarang.  “Jazz, siapa Nayli? Haikal kata dia nak jumpa Lina?”muka Datin Safiya penuh hairan menyoalkan soalan itu. Jazz hanya tersenyum mendengar soalan itu.
                       “Nayli, abang datang. Kenapa Nayli sakit? Nayli?”penuh kasih sayang nada Haikal menyoalkan kepada Nayli yang separuh  sedar. Mukanya yang tadi tergopoh-gapah kini mengukirkan sekuntuk senyuman buat Nayli. Senyuman itu mungkin kerana dia sudah lega sebaik saja wajah wanita itu berada di pandangannya. Peluh-peluh di wajahnya masih tidak di lap. Tangannya merayap mencari tangan Nayli kemudian di genggam erat tangan wanita itu. Nayli hanya memerhatikan gelagat Haikal,namun tiada sebarang pergerakkan yang dapat dilakukan. Mungkin kerana dia terlalu penat. Mengalir air mata di wajah Nayli.
                         “Nurse, boleh saya masuk tak?”soal Datin Safiya  kepada seorang jururawat. Dia benar-benar ingin melihat wajah Nayli atau yang selama ini dipanggil Lina. “Boleh tapi jangan buat bising ya.”jawab jururawat itu. Dia benar-benar  mesra pelanggan. Mendengar jawapan itu, Datin Safiya memanjangkan langkahnya ke wad Nayli. Jazz hanya tunggu sahaja di ruang menunggu. Mungkin kerana dia penat. Satu per satu langkah diatur ke wad. Hatinya berdebar-debar untuk melihat Nayli yang seharusnya dia perlu terima untuk jadi menantunya. Persetujuan yang telah pun terikat antara Haikal dan mamanya itu.
                        “Krekkkkk.”pintu wad di buka. Mata Haikal yang dari tadi merenung  wajah isterinya itu terus mengalih pandangannya. Mata hitamnya  tepat tertuju kearah wanita yang agak dalam lingkungan 50-an itu. Setiap kedutan di perhatikan betul-betul.  Datin Safiya membulatkan matanya untuk meluaskan pandangannnya mencari siapakah gerangan Nayli yang bertakhta di hati anaknya itu. Gerangan yang berjaya melakukan perubahan dalam sikap anaknya. Namun perubahan itu bukanlah perubahan yang seharusnya bagi Datin Safiya. Mata hitamnya semakin mengecil apabila melihat seorang wanita yang terlantar di atas katil ketika itu. Mukanya semakin bertambah kedutan.  Ternyata hatinya langsung tidak menerima wanita yang berasal dari kampung itu. Namun perasaannya itu masih berbuku di hati dan tidak mahu diluahkan kepada Haikal.
                          “Mama. It’s her. Lina. Nur Farzana Nayli.”tangan Haikal memegang tangan mamanya itu. Perlhan-lahan ditarik Datin Safiya supaya lebih rapat dengan perempuan yang pada hakikatnya bergelar menantu. Walaupun Datin Safiya tidak tahu bahawa Nayli itu sudah berkahwin dengan anaknya itu, tetapi dia sudah maklum bahawa dialah insan yang terpenting di jiwa Haikal sekarang. “Macam mana aku nak kenalkan pada kawan-kawan aku yang lain kalau Haikal akan kahwin dengan dia. Malulah aku.  Kenapa Haikal nak malukan aku macam ni? Entah dari mana perempuan ni datang pun aku tak tahu?”lama juga Datin Safiya merenung wajah Nayli.  Haikal hanya perhatikan wajah mamanya itu. Dia tidak sabar untuk menunggu reaksi mamanya mengenai Nayli. Matanya bersinar-sinar menoleh wajah mamanya itu.  Jazz ketika itu baru menapak perlahan-lahan ke wad Nayli itu. Sampai saja di hadapan pintu,”Kpang!” pintu itu terbuka. Datin Safiya berlari meluru. Dia seolah-olah tidak dapat terima kenyataan itu. Kenyataan yang menggambarkan masa depannya. Masa depan yang baginya akan menjatuhkan maruahnya sebagai datin. Dia tidak sedar bahawa apa yang dipertahankan itu bukanlah maruah semata-mata. Segalanya berpunca oleh ego yang  menyelimut maruahnya itu.  Jazz terkejut dengan insiden itu. Mukanya terus memandang tepat mamanya itu. Jantungnya berdegup pantas. Keningnya diangkat kerana terlampau terkejut dengan perangai mamanya itu. Perlahan-lahan matanya beralih ke dalam wad. Nafas ditarik panjang kerana cuba untuk memperlahankan degupan jantungnya itu. Haikal hanya menangis melihat telatah mamanya.  Dari itu saja dia sudah tahu apa yang ingin diperkatakan oleh Datin Safiya. Haikal hanya melutut. Dia benar-benar tidak menahan emosinya. Empangannya juga telah terbuka dan titis demi titis jatuh ke atas lantai. Perlahan-lahan pintu wad itu tertutup.  Penglihatan Jazz semakin sempit ke arah Haikal. Pintu itu sedikit demi sedikit menghalang pemamdangan Jazz. Air muka Haikal sesaat pun tidak berubah. Dia masih di posisi yang sama. Sejurus saja pintu tertutup, selangkah demi selangkah Jazz mengundur semula ke ruang menunggu. Punggungnya erlahan-lahan direbahkan ke atas sebuah bangku yang telah di sediakan.  Jejak saja punggungnya ke atas bangku, terus mengalir air mata di pipinya. Dia benar-benar faham keadaan abangnya yang tersepit antara mamanya dan Nayli. Segala masalah Jazz tadi hilang dan datang pula masalah abangnya yang menghantui jiwanya.  Ada beberapa orang di situ hanya memerhatikan gelagat mereka.

THIS KARYA HAK MILIK FARHAN SAADON :)








Blogger paen berkata...

best gak hehe

 

Catat Ulasan